
Untuk makluman para pelancong yang suka melancong, Sini Travel meningatkan anda jangan guna pas masuk kertas A4 di 11 lapangan terbang. Kesinambungan dari kes Malaysian first time outbound traveler yang sangkut di Osaka Airport (KIX) sebab print A4 boarding pass (Air Asia).

Bukan semua lapangan terbang di dunia menerima pas masuk kertas A4. Antara lapangan terbang yang tidak menerima pas masuk kertas A4 seperti lapangan terbang :
- Lapangan Terbang Osaka, Jepun
- Lapangan Terbang Antarabangsa Male, Maldives
- Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon, Myanmar
- Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini Tehran, Iran
- Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda Tokyo, Jepun
- Lapangan Terbang Antarabangsa Chitose Sapporo, Jepun
- Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Ghandi New Delhi, India
- Lapangan Terbang Antarabangsa Hongqiao Shanghai, China
- Lapangan Terbang Antarabangsa Wuxu Nanning, China
- Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap, Kemboja
- Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae Busan, Korea Selatan
Oleh yang demikian, diingatkan sekali lagi kepada pelancong dan yang suka melancong bukan semua lapangan terbang boleh guna pas masuk A4 tanpa pengesahan (validate).
Sila ambil maklum, sila berada di lapangan terbang 3 jam awal sebelum berlepas kerana kadang-kadang tercungap-cungap juga kalau check in counter
beratur panjang, immigration kena beratur panjang dan airport security
check pun kena beratur panjang.
Make sure juga, passport ada
dengan validation date yang betul, boarding pass ready kalau dah web
check in. Kesian oi, kalau terlepas flight.
Kang viral pulak macam 3 mamat samseng kat Jepun tu. Puncanya terlepas flight la.
Kredit: Kaki Sini

0 Comments