Pusat Rekreasi Lubuk Timah mempunyai keunikan tersendiri kerana
terdapat air terjun yang sejuk airnya dan kolam air panas. Kolam air
panas yang dibina semula terletak dipinggiran sungai dan air terjunnya
yang mengalir disisinya. Terdapat sebuah kolam utama yang dibina dan
dialirkan ke kolam kedua dan seterus ke dalam sungai.
air terjun
pula turun dari tembok binaan seperti empangan dari kiri dan kanan
tembok (empangan). apabila tiba musim air yang banyak, air kolam akan
mengalir turun melalui tembok ini bagaikan Niagara Fall.
Mengikut
cerita, empangan ini dibina di Sungai Anak Ayer Cina pada awal abad
ke-20. pembinaannya berkait rapat dengan kerja-kerja perlombongan
timahpada waktu tersebut. Empangan dianggar setinggi 30 meter yang kini
dipenuhi dengan pasir dan ada anak sungai mengalir.
Pusat Rekreasi
Lubuk Timah ini menjadi lokasi tumpuan percutian penduduk tempatan dan
pelancong pada waktu cuti. Terdapat kemudahan asas disediakan seperti
tandas, surau, gazebo dan pondok rehat.
Pusat Rekreasi Lubuk Timah
terletak 8KM dari tol Simpang Pulai (Exit 137). Untuk pergi kesana,
dari tol Simpang Pulai belok ke kanan di lampu isyarat pertama dan 500
meter di lampu isyarat berikutnya. Menuju ke Cameron Highland 5KM dari
simpang jalan utama tersebut akan terjumpa papan tanda kecil tunjuk arah
simpang masuk ke Pusat Rekreasi Lubuk Timah dan perlu melalui jalan
sejauh 1Km sebelum sampai ke lokasi air panas.
- 8.00pagi-6.30petang
- RM 5.00 (Dewasa 12 tahun ke atas)
- RM 3.00 (Kanak-kanak 3-11 tahun)
- RM 3.00 (Warga Emas 60 tahun ke atas)
- RM 70.00 (Gazebo Eksklusif)
- RM 50.00 (Gazebo)
- RM 10.00 (Pondok)
Hubungi :
013-590 1690 & 013-433 5361
Emel : pusatrekriasilubuktimah@yahoo.com
Pusat Rekreasi Lubuk Timah
Lubuk Timah Fall Hot Spring
31300
Ipoh
, PK
Malaysia
Phone:
013-590 1690
4° 33' 37.134" N, 101° 9' 44.154" E
See map: Google Maps
Perak MY
MalaysiaKu Cantik menyediakan beberapa gambar gambaran untuk anda.














0 Comments