Kepada yang suka makan nasi lemak, anda bolehla ke Kepong. Walaupun Nasi Lemak Berlauk Kepong Baru ini sudah berniaga lebih 20 tahun, ramai yang belum kenal lagi kerana ia agak tersembunyi dari pandangan umum. 

Mak cik berasal dari Kelantan manakala Pak Cik dari Perak, jadi lauk mereka disediakan daripada gabungan resepi yg berlainan latar belakang. Harga nasi lemak mereka berpatutan dan memang popular dalam kalangan penduduk tempatan dan pelanggan terdiri daripada semua kaum yg sudah sedia serbu sebelum gerai dibuka. 

Gambar Hiasan Sahaja

Kalau nak cuba nasi lemak dengan aneka lauk yg sedap, datanglah sini. Wajib cuba, terutamanya orang yg tinggal kat Kepong.

Alamat:
Nasi Lemak Berlauk Kepong Baru
Depan Kedai Optik View Vision Eyewear,
Jalan Bangau 1, Kepong Baru.

Waktu Operasi:
Kira-kira pukul 6 pm hingga habis (buka setiap malam kecuali Sabtu dan Ahad)

Kredit: MyMakanTv
Sumber Destinasi Percutian