Taman Rekreasi Air Panas Jasin atau
Jasin Hot Springs Recreational Park merupakan satu destinasi istirehat
yang perlu dikunjungi sekiranya berada di Kampung Ayer Panas. Kolam yang
menyediakan air mineral semula jadi iaitu air mineral suam tinggi
sulfur putih beralkali atau alkaline white-sulphur warm springs
menyihatkan seisi keluarga kerana khasiat air mineral boleh
mencantikkan kulit, menyembuhkan penyakit kulit dan menghilangkan
tekanan.
Harga tiket yang dikenakan untuk
pengunjung dewasa ialah RM2.00 pada setiap hari selasa sehingga jumaat
dan RM6.00 pada hujung minggu serta cuti am. Manakala bagi kanak-kanak
pula, bayaran sebanyak RM2.00 dikenakan pada hari selasa sehingga jumaat
serta RM3.00 pada hujung minggu dan cuti am.
Address : 77200 Bemban, Malacca, Malaysia
Kredit : Cuti Kat Mana









0 Comments